Saturday, January 23, 2010

PUSMA KLUANG-PERAKAUNAN BERKOMPUTER MR ACCOUNTING XP




BERAPA HARGA SATU SOFTWARE MR ACCOUNITNG XP?

Untuk satu syarikat dan satu pc harga satu software ialah RM1450. Semua module ada. Lejer Am ( General Ledger), Pelanggan (Account Receivables), Pembekal (Account Payable), Stok (Inventory)dan Inbois (Invoicing). Training 2 hari for 1 or 2 person.

Untuk 5 syarikat RM1600

Network 3 users tambah RM1000. 3 user bermakna 1 server dan 2 pc.

Yang berhajat call 016-2706812 zain almuhaasib

...ila Sandakan

Aku berada di LCCT Sepang pada 25 Oct 2009 untuk penerbangan jam 5.30 pm ke Sandakan dgn Air Asia tetapi ditunda ke jam 6.15 pm. Di LCCT, akau tertarik untuk membeli sebuah buku ‘Nilai-Nilai Moral dalam al-Quran oleh Harun Yahya, terjemahan Rose Iniyanti Saidin. Ada 198 msurat. Sebelum ini di sebelah pagi, aku menghadiri klas Dip Syariah di UM dan nasibku memang cantik kerana ada ujian bahasa arab. Pada awalnya memang ada niat nak ponteng klas kerana akau kena buat persediaan ke Sandakan, tetapi niat itu ku batalkan. Jika aku ponteng sudah pasti aku terlepas ujian dan tentu dapat markah kosong. Ujian ini menyumbang 20% dan exam 80%.
Lepas ujian, aku bergegas pulang kerumah dan meninggalkan klas lain untuk buat persediaan ke LCCT. Pukul 1.30 pm aku menaiki bas di KL Central kena RM8.00. Being the first timer naik AirAsia, gelagatku seperti rusa liar jumpa kampong tersusun. Aku membawa 20 kotak software perakaunan disimpan bersama dalam beg pakaian. Masukkan ke bargasi. Terkejut aku kena caj RM45 kerana terlebih had bebanan 30 kg. Dalam plane aku membaca buku yang ku beli tadi, kejap focus kejap tidak. Jiranku seorang wanita bukan melayu jadi kami tidak berkomunikasi lagi pun masa penerbangan singkat. Aku rasa ia mengambil masa 2 jam penerbangan.
‘Allah mengetahui semua rahsia hati’ adalah tajuk ke 18 dalam buku ini. Ia mengupas tentang keikhlasan manusia dalam melakukan sesuatu perkara. Keikhlasan lawannya kemunafikan. Allah tahu. Allah tahu segala-galanya. Bagiku, aku ikhlas mengajar bakal peserta-peserta yang datang jauh ke Sandakan kerana ilmu dan ingin belajar. Aku memang suka mengajar, I love teaching so I don’t feel the burden. I do what I enjoy to do.
Waktu yang dinantikan tiba. Aku mendarat dengan selamat. Alhamdulillah. Di Sandakan airport, aku dapati hujan turun dengan lebat seolah-olah kedatanganku disambut meriah dan kehadiranku membawa rahmat kepada mereka. Memang ada kebenaran kerana ku datang membawa untuk mereka ilmu perakaunan berkomputer. Setiap penumpang dibekalkan sepucuk payung ketika turun dari plane agar kami tidak dibasahi titisan air hujan. Malam yang sejuk. Dari Airport Sandakan, aku mengambil taxi RM25 dan meminta pemandu itu membawaku ke hotel yang paling hampir dgn pejabat MARA. Jalan gelap dan aku tidak nampak apa-apa sepanjang perjalananku ke hotel. Hujan masih turun tetapi tidak selebat semasa aku di airport tadi. Keletihan jasadku membawa aku terus ketiduran setelah ku selesaikan solat jamak dan qasar di bilik penginapan Hotel Seawater Front. Zzzzzzzzz….
Sandakan akan terus menjadi kenanganku…..bagi peserta-peserta didahului oleh Sdr Isyak, Helmi, Su dan suami, Dayana, Norizah, Syaripah, Juraidah, Mia dll

Wednesday, January 6, 2010

GAMBAR DI SANDAKAN



PUSMA SANDAKAN


Pada 26 -29 Oct 2009, saya telah ditugaskan ke Sandakan memberi latihan intensif perakaunan berkomputer dengan perisisan Mr Accounting yang dibekalkan oleh Mysoft Corporation Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Sandakan bagi saya adalah bandar Sabah yang pertama saya lawati.Seronok dapat ke Sandakan. Orang cakap makanan lautnya segar dan harganya memuaskan.

Seramai 20 orang peserta terdiri dari usahawan-usahawan Sandakan yang hadir. Yang ramai adalah wanita, peserta lelaki merupakan species yang teristimewa kerana bilangannya yang semakin mengecil. Pengalaman mengajar usahawan Sandakan sangat menarik dan sambutan yang diberikan amat menggalakan.

MARA Sandakan telah memberi kerjasama yang baik sekali. Terima kasih untuk En Norsham dan pembantunya Cik Juraidah. Setelah tamat ujian, mereka diberi perisian Mr Accounting versi terbaru dengan harapan mereka menggunakannya bila bermula tahun baru 2010 nanti. Suhaila merupakan serikandi banyak membantu sebagai penghulu klas manakala Isyak membantu saya memberi tunjukajar kepada peserta-peserta yang lain. Alhamdulillah dan terima kasih.

Sunday, January 3, 2010

PUSMA MELAKA




Kursus di Melaka, negeri Hang Tuah, tidak kurang juga menarik. Peserta yang paling senior berumur lebih 60 tahun dan beliau mengkagumkan saya kerana semangat beliau belajar. Semangat seorang muslim sejati tidak akan berhenti belajar selagi nyawa dikandung badan. Ibu-ibu yang hadir juga kelihatan ceria dalam klas. Ini lah pengorbanan yang amat besar mereka lakukan apabila orang lain bersantai bersama suami masing2, mereka berkursus, bukan calang2 kursus melainkan perakaunan berkomputer.

Salah seorang dari peserta-peserta yang hadir, Puan Mala dari Cahaya Mala Enterprise, pengeluar otak-otak daun nipah telah memberi komen betapa sistem perakaunan ini amat mudah difahami dan beliau berjanji akan mempraktikkannya di awal tahun 2010 ini. Beliau tidak lagi akan menghadapi masalah untuk menyediakan laporan kewangan syarikatnya.

Kami berterima kasih kepada Pegawai2 MARA yang banyak membantu usahawan2 Melaka agar berjaya menjadi usahawan yang disegani dan mantop. Tidak dilupakan, Mysoft Corporation Sdn Bhd yang telah bermurah hati membekalkan setiap seorang software berlesen untuk digunakan dalam perniagaan mereka.

MARA NEGERI - IPOH


Sebelum tirai 2009 dilabuh, saya sempat lagi diberi peluang mengendalikan kursus perakaunan berkomputer di Wisma Kinta, Ipoh dari 21 -24 Disemebr 2009. Seramai 20 usahawan telah hadir, wanita lebih ramai dari kaum sejenis saya. Di antara yang hadir ialah Syed 'Ubis', chef yang tidak asing lagi di Perak dan negara. Beliau banyak menghasilkan rencana tersiar di muka akhbar harian dan tabloid khusus untuk membantu belia dan beliawanis.
Semua peserta telah memberi sokongan supaya klas ini dipanjangkan kepada lebih ramai lagi usahawan di masa2 akan datang. Mereka berterima kasih kepada MARA yang telah memilih mereka menghadiri kursus ini. Ada juga yang berkata kursus ini sangat baik kerana ia telah membuktikan bahawa belajar akaunting tidak susah malahan menyeronokkan. Puan Intan pula mencadangkan kursus lanjutan di adakan di masa2 akan datang manakala En Zul, pengusaha Tomyam Sejati dari Taiping berharap kursus ini dapat diadakan di Taiping.