Wednesday, September 30, 2009

PERAKAUNAN BERKOMPUTER DI MASJID-MASJID


Masjid-masjid di Wilayah Persekutuan telah mula menggantikan kaedah pengurusan perakaunan dari 'manual' atau excell kepada Mr accounting yakni sebuah perisian perakaunan yang dibina oleh rakyat tempatan. Ia amat mudah digunakan dan sesuai dengan carta akaun yang di sediakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAIWP). Ia juga memudahkan kerja-kerja pengoditan.

Antara akaun yang digunapakai ialah Tabung Jumaat, Tabung Tetap (Peti Besi), Derma Awam dan Hibah bank dan lain-lain tabung yang baru diwujudkan. Akaun perbelanjaan pula ialah akaun Elaun Kakitangan, Peralatan Pejabat, Selenggara Premis, Aktiviti masjid, Sambutan Hari kebesaran Islam, Utiliti, Ihya Ramadan, Caj Bank dan sebagainya sebagaimana diperlukan oleh masjid masing-masing.

Dengan sistem berkomputer ini, masjid tidak lagi menghadapi masalah penyediaan laporan kewangan dan bendahari mempunyai banyak masa untuk tugasan lain.

Masjid-masjid ini telah mengunapakai sistem MR Accounting yang di bekalkan oleh al muhaasib dengan latihan yang mencukupi.

1. Masjid AlRidhuan, Hulu Klang

2. Masjid AlSyakirin, KLCC

3. Masjid Amaniah, Kepong WP

4. Masjid alMuhsinin, Tmn Desa Danau

5. Masjid Imam alGhazali, Manjalara

6. Masjid AlZakirin, Tmn Wilayah Selayang

7. Surau Hidayatulmustaqim, Selayang Baru

8. Masjid Khasyiin, Lembah Pantai

9. Masjid Desa Petaling

Untuk mendapatkan nasihat berkaitan pengurusan perakaunan berkomputer bagi masjid boleh berhubung dengan Zainal di talian 016-2706812 atau email zainalmuhaasib@yahoo.com.

Sunday, September 27, 2009

PENGURUSAN PERAKAUNAN BERSISTEM KOMPUTER

Setiap perusahaan perlu kepada sistem perekodan transaksi perniagaan, akaun modal, akaun siberhutang dan sipemiutang supaya pemilik perusahaan betul-betul faham tentang perjalanan wang masuk dan wang keluar dan pertumbuhan perusahaannya. Kaedah manual adalah kaedah conventional dan hari ini amat berkurangan pengusaha yang mengamalnya kerana kaedah tersebut agak rumit dan remeh sehingga ramai usahawan mengabaikannya. Di zaman ICT ini, kebanyakan usahawan menggunapakai sistem perakaunan berasaskan perisisan.

Dalam pasaran perisian, terdapat banyak sekali perisian perakauan dari berbagai jenama yang berasal dari luar negara seperti USA, UK dan Australia. Di Malaysia kita mempunyai perisian perakaunan yang dicipta oleh rakyat tempatan dan mengambil kira amalan perniagaan berlatarkan amalan di negara sendiri. Perisian perakaunan yang saya maksudkan ialah MR ACCOUNTING. Terdapat 3 katogori Mr Accounting untuk perusahaan kecil, sederhana dan besar. Ia amat mudah dipelajari dan sangat mesra pengguna terutama bagi mereka yang tidak mempunyai asas perakaunan.

Hari ini terdapat lebih 30,000 pengguna Mr Accounting di seluruh negara tidak termasuk di Thailand, Vietnam dan Singapura. Bilangan ini kian bekembang dan sedang memasuki sektor koperasi dengan pesatnya. Antara pengguna yang aktif ialah Felda Trading dengan rangkaian kedai runcitnya di seluruh gagasan Felda sebanyak 300 outlet di bawah nama D' Mart. Semua transaksi dilakukan secara 'on-line' dan laporan kewangan dihasilkan secara 'real-time'.