Sunday, September 27, 2009

PENGURUSAN PERAKAUNAN BERSISTEM KOMPUTER

Setiap perusahaan perlu kepada sistem perekodan transaksi perniagaan, akaun modal, akaun siberhutang dan sipemiutang supaya pemilik perusahaan betul-betul faham tentang perjalanan wang masuk dan wang keluar dan pertumbuhan perusahaannya. Kaedah manual adalah kaedah conventional dan hari ini amat berkurangan pengusaha yang mengamalnya kerana kaedah tersebut agak rumit dan remeh sehingga ramai usahawan mengabaikannya. Di zaman ICT ini, kebanyakan usahawan menggunapakai sistem perakaunan berasaskan perisisan.

Dalam pasaran perisian, terdapat banyak sekali perisian perakauan dari berbagai jenama yang berasal dari luar negara seperti USA, UK dan Australia. Di Malaysia kita mempunyai perisian perakaunan yang dicipta oleh rakyat tempatan dan mengambil kira amalan perniagaan berlatarkan amalan di negara sendiri. Perisian perakaunan yang saya maksudkan ialah MR ACCOUNTING. Terdapat 3 katogori Mr Accounting untuk perusahaan kecil, sederhana dan besar. Ia amat mudah dipelajari dan sangat mesra pengguna terutama bagi mereka yang tidak mempunyai asas perakaunan.

Hari ini terdapat lebih 30,000 pengguna Mr Accounting di seluruh negara tidak termasuk di Thailand, Vietnam dan Singapura. Bilangan ini kian bekembang dan sedang memasuki sektor koperasi dengan pesatnya. Antara pengguna yang aktif ialah Felda Trading dengan rangkaian kedai runcitnya di seluruh gagasan Felda sebanyak 300 outlet di bawah nama D' Mart. Semua transaksi dilakukan secara 'on-line' dan laporan kewangan dihasilkan secara 'real-time'.

No comments:

Post a Comment