Saturday, May 8, 2010

KURSUS K-SHOPPE UNTUK PESERTA FAMA

Saya telah diberi peluang untuk membuat penerangan mengenai pengurusan perakaunan berkomputer sempena kursus usahawan FAMA yang terlibat dalam perniagaan K-Shoppe. Ia telah diadakan di Hotel Sri Malaysia, Air Keroh, Melaka pada 28 May 2010.

Peserta telah didedahkan kepada kemudahan ICT seperti Mr Accounting dapat digunakan untuk meningkatkan pengurusan perakaunan dengan efektif, tepat dan cepat. Sistem perakaunan Mr ac memperoses data menjadikan ia lebih berguna dan bermakna seperti menyediakan lejer pelanggan dengan tepat dan penganalisa hutang pelanggan (ageing analysis). Pengguna hanya memerlukan membuat posting saja dan selepas itu segala2nya akan dibereskan oleh sistem. Laporan kewangan pun siap serta merta.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada FAMA, En Mansor yang telah memberi peluang ini. Diharap En Mansor akan menjemput saya lagi.

No comments:

Post a Comment