Wednesday, December 29, 2010

MASJID KG NAKHODA

Masjid Kg Nakhoda yang terletak di Kg Nakhoda yakni melalui jalan Sg Tua mengarah ke Empangan Batu menghala ke Ulu Yam tidak jauh dari Batu Caves, tidak mahu ketinggalan dalam memanfaatkan sistem perakaunan berkomputer bagi meningkatkan pengurusan wang masjid yang terhasil dari derma & sumbangan orang ramai khusus dari sumbangan ahli qaryah.

Bendahari Masjid Kg Nakhoda mendapati penggunaan sistem ini amat memudahkan kerja beliau dan dapat menghasilkan laporan kewangan dengan cepat dan tepat. Pengawalan Petty Cash dan penentuan debit & kredit dilakukan oleh sistem secara otomatik, tidak perlu lagi dicatit di dalam buku lain secara berasingan.

Semua tugasan beliau kini lebih mudah kerana sistem ini mesra pengguna walaupun beliau adalah seorang bekas akauntan, namun beliau menasihatkan agar sistem ini sangat baik digunakan oleh semua masjid terutama sekali bagi mereka yang tiada berlatarkan perakaunan.

No comments:

Post a Comment