Semakin ramai masjid-masjid dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur beralih dari sistem manual seperti penggunakan excell untuk pengurusan perakaunan kepada sistem perakaunan berkomputer. Masjid Al-Rahimah merupakan masjid terbaru menggunakan sistem perakaunan berkompter. En Sabery sangat gembira sekali menjalankan tugasannya sebagai bendahari kerana mendapat 'alat bantuan' perisisan perakaunan Mr ac yang mendapat restu dari Pengerusi dan AJK masjid.
Adalah menjadi hasrat masjid supaya pengurusan perakaunan diberi perhatian serius bagi menghasilkan hasil kerja yang kemas, tepat dan cepat. Ini tidak mungkin dapat dicapai jika kita masih menggunakan cara manual. Dengan sistem ini data kewangan akan diproses menjadikan data yang lebih baik dan bermakna untuk dibaca dan digunakan dalam proses perancangan dan bajet. Data yang diproses juga akan digunakan untuk mengawal perbelanjaan aktiviti harian supaya tidak melebihi bajet.
No comments:
Post a Comment