Friday, January 28, 2011

SURAU AL-HIDAYAH, SELAYANG INDAH

Surau al-Hidayah adalah surau paling aktif dan cantik malahan ia merupakan satu-satunya surau yang diberi perhormatan menjalankan solat Jumaat di Selayang. Imamnya rajin menuntut ilmu yang kini masih lagi belajar di Akademi Pengajian Islam, UM bidang Usuludin. Tidak ramai AJK masjid atau surau yang berminat menambah ilmu dalam bidang agama walaupun terdapat banyak peluang disediakan.

Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat, Surau al-Hidayah telah mula menggunakan sistem perakaunan berkompter yakni software Mr Accounitng. Bendahari Haji Khalil Melan menyambut baik pembaharuan ini kerana ia dapat memudahkan kerja beliau. Mengikut bendahari, pengurusan kewangan surau sangat penting dan tidak boleh diambil mudah dan cara terbaik ialah menggunakan sistem terkini. Juruodit luar banyak kali menyarankan supaya masjid-masjid & surau mengunakan sistem perakaunan untuk menghasilkan laporan kewangan yang tepat dan lengkap.

No comments:

Post a Comment