Masjid Abu Hurairah yang terletak di Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pun tidak mahu ketinggalan dalam meningkatkan kualiti pengurusan kewangan & perakaunan mereka. Dengan menggunakan perisisan perakaunan terkini, masjid kini terserlah dalam pelaporan kewangan yang dapat disediakan dalam waktu yang pantas. Ia lebih tersusun serta meningkatkan kefahaman AJK tentang kepentingan menjaga dana awam dan amanah ahli qaryah yang sama-sama menyumbang kepada pengimarahan masjid sepertimana dituntut dalam agama.
Sebelum ini, masjd menggunakan excell dan tidak mengikut kaedah sebenar sepertimana digarispandu oleh Malaysian Accounitng Standards Board(MASB). Ramai orang awam memandang remeh kepada aspek kewangan masjid dan tidak ambil peduli keran mereka berpendapat urusan kewangan masjid tidak sofistifikated justeru tidak perlu mematuhi MASB. Sesungguhnya, segala-segalanya adalah bergantung kepada sikap, sikap dunia ketiga atau sikap negara maju. Mentaliti kita masih lagi mentaliti lama w/pun pembangunan fizikal kita telah mencapai tahap negara maju.
Seharus masjid sudah sampai waktu ditadbir secara professional bagi mencapai sasaran dan objektif sebagai sebuah institusi yang maju dalam aspek dakwah dan pengembangan ilmu . Perkara yang afdal atau awla sekali yang perlu dibetulkan ialah sikap dari 'tak apa' kepada 'kesungguhan melakukan amanah' bila menerima tanggunjawab.
No comments:
Post a Comment